Syamsul Yusof dah mula risau, dia akan kehilangan Puteri Sarah?

Syamsul Yusof dah mula risau, dia akan kehilangan Puteri Sarah? 
Pelakon Puteri Sarah dijangka akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini terhadap suaminya, Syamsul Yusof berikutan dengan krisis rumah tangga yang berlaku pada ketika ini. 

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. 

Bukan itu sahaja, difahamkan permohonan cerai tersebut dilakukan pada hari ini namun, disebabkan Puteri Sarah mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara tersebut ditangguhkan pada Isnin ini. 

Bahkan, Akberdin turut mengesahkan Puteri Sarah akan hadir ke Mahkamah Syariah bagi pemfailan permohonan cerai tersebut. 

Ditanya mengenai kenyataan Syamsul dalam laporan muka depan Harian Metro hari ini, Puteri Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab sebelum ini. “Semua dah dijawab,” katanya.

 Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang. 
LihatTutupKomentar

HISTATS