Kazar perIi lebih mulia sediakn makan utk suami dari prgi Tnahsuci, Sarah masuk k0men Tk sangka Dato Hj Fadzilah Kamsah pun turut sama

Kazar perIi lebih mulia sediakn makan utk suami dari prgi Tnahsuci, Sarah masuk k0men Tk sangka Dato Hj Fadzilah Kamsah pun turut sama

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa pelakon, Puteri Sarah sedang mengerjakan ibadah Umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumaiyyah tanpa suami, Syamsul Yusof.

Terdapat satu posting yang dimuat naik Sarah di IG menunjukkan satu komen dari seorang individu yang mengatakan bapa kepada madunya, Kazar didakwa perli Sarah. Biar betul?

Walau bagaimanapun, Sarah kelihatan tetap tenang menjawab komen itu dan mengatakan biarlah sekali sekala dia nak meroyan untuk dia kekal tenang.

 

Takpelah sekali sekala dia nak meroyan sebab dia tahu tak boleh nak buat apa dah. Mungkin dengan cara meroyan dia tenang.

Apa pandangan korang tentang apa yang diperkatakan Kazar itu. Mungkin dia sekadar ingin berkongsi dan tidak tuju kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah. Pelakon itu turut membawa bersama dua anak kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Di Instagram, Puteri Sarah berkongsi momen-momen terakhir pihak keluarga menghantar mereka di lapangan terbang. Doa Tok Abah buat Puteri Sarah.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mendoakan semoga perjalanan pergi dan balik Puteri Sarah serta anak-anak selamat. Mereka turut berharap pelakon ini dikurniakan umrah yang mabrur.

 

Antara komen yang menarik perhatian ramai adalah daripada pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Komen itu mendapat lebih 12,000 tanda suka dan 100 respon balas daripada para pengikut.

Pakar motivasi yang membahasakan diri sebagai Tok Abah itu menitipkan doa semoga perjalanan umrah anak beranak itu dipermudahkan. Katanya, semoga umrah kali ini memberi hikmah sebesar-besarnya buat Puteri Sarah yang diketahui kini berhadapan dengan ujian.

 

Beliau turut meninggalkan pesan supaya Puteri Sarah menghubunginya sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti.

Terdahulu, Fadzilah Kamsah meluahkan rasa sebak melihat pengarah, Datuk Yusof Haslam menangis ketika ditemubual wartawan Melodi. Beliau memahami harapan seorang insan yang bergelar ayah mahu yang terbaik buat anak-anaknya.

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan kapsyen, Sarah yang mengenakan penampilan serba putih berharap orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak sekali gus dipermudahkan urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.

Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata.

Sumber : ohmedia

LihatTutupKomentar

HISTATS