“Taknak menyinggung perasaan isteri dan mana2 pihak” Syamsul dalam pr0ses selamatkan rumah tangga

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya dalam proses menyelesaikan kemelut runnah tangganya.

Menurut Syamsul, dia nnengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.

“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that.

“Saya bukan lari ke apa cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri, itu yang terbaik, iyalah kerana pihak sana dah keluarkan.

“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti meny1nggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Tapi itulah dia kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap.

“Tanpa kita sedar menganggap the real life now is for them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan?

“Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen.

“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu

“Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga saya. Jadi itulah dia,” jelasnya kepada Gempak.

Syamsul ditemui usai siaran Iangsung program Meletop di Studio Satu, Astro pada Selasa.
Dalam pada itu, Syamsul juga turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan bapa kepada dua anak ini sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar.

“Baru-baru ini pula kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula,” ujarnya.

Nantikan temu bual penuh dalam segmen Lanchang Bethol untuk minggu ini.

Terdahulu, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira.

Terbaharu, pada 21 Jun, isterinya Puteri Sarah telah berkongsi satu tangkap Iayar yang mendakwa Syamsul telah melangsungkan pertunangan dengan wanita tersebut.

LihatTutupKomentar

HISTATS